Kerja Lapangan Hubungan Etnik Assignment


Pendahuluan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T., selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., utusan Allah, para rasul, para sahabat serta pengikut-pengikut baginda sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, bagi menyiapkan tugasan individu yang diamanahkan, saya telah memilih sebuah buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam Daerah Bera yang berjudul Siri Kajian Hubungan Etnik: Memahami Masyarakat Cina. Buku ini telah disusun oleh Dani Ahmad Ali dan diterbitkan oleh Pustaka Kelisa pada tahun 2010.

Buku ini juga menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk bacaan umum, terdapat sisipan informasi, gambar berkaitan, glosari dan latihan kefahaman. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan  rujukan tambahan kepada pelajar yang yang mengambil kursus Hubungan Etnik dan juga berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi bidang pengajian Malaysia lainnya.

Semoga dengan pembacaan buku ini akan dapat memberi pemahaman yang lebih luas dan jelas lagi ke arah  menyalurkan maklumat dan pengetahuan tentang hubungan etnik serta latar belakang sejarah hubungan kaum di Malaysia. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Hujrat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Akhir kata, selamat membaca kerana dengan membaca, selangkah kita untuk menambah ilmu pengetahuan.

Membaca Jambatan Ilmu, Tak Membaca Jambatan Dungu.

  

ISI KANDUNGAN BUKU:

KAUM CINA DI MALAYSIA                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

KAUM CINA PERANAKAN

DIALEK KAUM CINA

AGAMA ANUTAN KAUM CINA

PERKAHWINAN KAUM CINA

ADAT SEBELUM BERKAHWIN

PERAYAAN TAHUN BARU CHINA                                                            

SENI TARIAN KAUM CINA

PAKAIAN TRADISIONAL

CINA DALAM PERNIAGAAN

GLOSARI

LATIHAN KEFAHAMAN

 

Isi-isi Penting:   

Ulasan:

Setelah membaca buku yang ditulis oleh Dani Ahmad Ali ini, sedikit sebanyak telah

memberi kefahaman kepada pembaca tentang pola kehidupan masyarakat Cina di

Malaysia. Didapati mereka berasal dari Tanah Besar China yang menjadi warganegara

atau penduduk tetap di Malaysia.

Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar

abad ke 15 hingga pertengahan abad ke 20. Di Malaysia kebiasaannya, kaum ini dirujuk

atau digelar sebagai “orang Cina” dalam semua bahasa. Istilah orang Cina Malaysia agak

jarang digunakan di negara ini.

Pendatang Cina awal (sejak abad ke 15 di Melaka, abad ke 18 di Pulau Pinang)

membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang mengamalkan kebanyakan

adat Melayu secara berperingkat-peringkat yang berbeza, (terhad di Pulau Pinang,

menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu tetapi mengekalkan kepercayaan asal mereka.

Sebaliknya pula, pendatang-pendatang dari Tanah Besar China pada awal abad ke 19

yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai Sinkheh –“tetamu baru”.

Kaum Cina di Malaysia didapati juga mengekalkan identiti yang amat ketara bezanya

dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama

dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah

undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama

Islam untuk memeluk agama yang dianuti pasangannya terlebih dahulu. Apatah lagi,

orang Cina Malaysia menganggap “kecinaan” mereka sebagai satu identiti, budaya dan

politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sejak

adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk member

kesamaratan dalam kek ekonomi Negara, dominasi mereka dalam ekonomi agak

menyusut. Walau bagaimana pun, masyarakat Cina masih membentuk majoroti golongan

yang berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7

hingga 7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004 sahaja, mereka menjadi bangsa

terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi

negara. 

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya di

wilayah Fujian dan Guandong. Pada abad ke 19, mereka datang untuk bekerja sebagai

“buruh terikat” melalui perjanjian bertulis “indentured labour”, dikenali sebagai kuli-

“kuasa susah payah”. Yang selainnya dating secara bebas untuk bekerja dan didukung

oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269854

pada tahun 1911 dan kira-kira sejuta orang sekitar tahun 1949.

Menurut buku Hubungan Etnik: Konsep dan Amalannya di Malaysia, yang diterbitkan

oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (2008), Hubungan tanah besar China dengan

Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu sejak kelahiran kerajaan

maritim di rantau ini seperti kerajaan Langkasuka di Kedah, yang diasaskan pada tahun

100M. Orang Cina mula bertumpu ke Negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad

ke19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-

dua pulau itu mula di buka oleh British pada tahu 1786 dan 1819. Walau bagaimana pun,

ini tidaklah bermakna bahawa orang Cina belum ada di negara ini sebelum tempoh itu.

Ini kerana mereka sudah pun ada di Riau yang ketika itu masih dalam kekuasaan Johor

sebagai peladang gambir dan lada hitam tetapi kemudian berpindah ke Singapura selepas

ia dibuka. Hanya pada awal abad ke 19 baru mereka mula memasuki negeri-negeri

Melayu di pantai barat terutama di Lukut dan Sungai Ujong apabila dibawa masuk oleh

para pembesar Melayu untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah.

Mulai pertengahan abad ke-19, saudagar-saudagar Cina dan Eropah pula membawa

masuk orang Cina setelah saudagar-saudagar berkenaan mendapat konsesi untuk

mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan. Bagaimanapun, bilangan mereka

tidaklah besar. Pada pertengahan abad ke-19 ini juga, peladang-peladang gambir dan lada

hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di

sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang.

Menurut Dani Ahmad Ali dalam sebuah lagi bukunya yang berjudul Sejarah Hubungan Kaum pula,

pada 9 Oktober 1844, Temenggung Daeng Ibrahim, Pemerintah Kerajaan Johor telah

mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau

Lib Keng. Dengan ini maka bermulalah penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke

Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam secra komersial di Tanah

Melayu. Corak pentadbiran kerajaan Johor ke atas pekebun-pekebun Cina ini

kemudiannya dikenali sebagai Sistem Kangcu dan kawasan lading gambir serta lada

hitam pula disebut Kangkar.

Kangcu adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua Petempatan Cina, manakala

Kerajaan Johor menggunakan istilah Tuan Sungai. Surat Sungai yang pertama ini

menyatakan bahawa “Ungku Temenggung Seri Maharaja memberi surat tanda keterangan

kepada orang Cina yang hendak berkebun dalam tanah Johor’. Di dalam surat itu juga

dijelaskan bahawa Tuan Sungai mestilah membayar cukai kepada Ungku Temenggung.

Jika tidak dijelaskan bagi tempoh tiga tahun, Tuan Sungai tersebut akan menerima

hukuman yang berat. Di samping itu juga seorang Tuan Sungai mesti mematuhi beberapa

peraturan lain. Peraturan-peraturan ini terkandung dalam beberapa dokumen seperti Surat

Jual beli, Surat Pajak dan Surat Tauliah. Dokumen yang penting ialah Surat Tauliah yang

menggariskan 17 undang-undang mengenai kuasa dan tanggungjawab tiap-tiap Tuan

Sungai. Dalam tahun1862 sebanyak 37 Surat Sungai telah dikeluarkan oleh Kerajaan

Johor. Dengan itu Johor telah menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka

di Nusantara mendahului Singapura dan Kepulauan Riau. Di Perak pula, Long Jaafar

yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh-buruh Cina dari negeri-

negeri Selat pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di

Larut.

Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad

ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perusahaan perlombongan timah. Antara

sebab kedatangan orang Cina di Tanah Melayu adalah seperti berikut:

(a)    Faktor penolak

(i)                 Sebab sosial dan ekonomi-

Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah

pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai

contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah

menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu Kerajaan Manchu

mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan

pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa

menjual tanahnya. Akibatnya 60 – 90 peratus daripada petani kehilangan

tanah.

(ii)               Kekacauan dan korupsi politik di Negara China.

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan

orang-orang Cina di Tnah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China

pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina

tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan

pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu

pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping(1850-1864).

Pemberontakan ini diketuai oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal

menggulingkan Kerajaan Mancu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebh tegas dan

kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan

pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada

menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

(b)   Faktor penarik

(i)                 Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu-

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan

orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan

perusahaaan bijih timah adalah satu faktor di samping peluang-peluang

perniagaan yang banyak di kawasan bandar terutamanya. Peluang untuk

mengerjakan pertanian di bawah Sisem Kangchu(Johor) menggalakkan lagi

kedatangan orang-orang Cina. Di bawah system ini, mereka diberi tanah untuk

mengerjakan pertanian terutamanya menjalankan pertanian lada hitam.

         

(ii)               Kestabilan politik-

Kestabilan politik hasil pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu

faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina

dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan

sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.

Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah

menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi

kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan

pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan

menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan orang Cina tidak bercadang

untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu kedatangan mereka pada tempoh ini dianggap

tidak mempengaruhi komposisi sebenar penduduk negara ini kerana mereka masih

merupakan pendatang. Walau bagaimanapun, pada tahun 1930-an, timbul kecenderungan

di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan

ekonomi di China. Kecenderungan ini ditambah pula dengan kedatangan imigran wanita

Cina ke Tanah Melayu. Dengan itu, bermula tanda-tanda komposisi sebenar penduduk

negara ini yang kemudian mendapat perakuan British melalui gagasan Malayan Union.

Kini terdapat lebih tujuh juta etnik Cina di negara ini yang merupakan kaum kedua

terbesar selepas orang Melayu.

Namun bilangan oeang Cina di Sabah adalah tidak begitu ramai. Ketiadaan

perlombongan di sana menyebabkan tidak ada daya tarikan untuk mereka berhijrah ke

sana. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang

tembakau dibuka. Kemasukan mereka diurus sendiri oleh pihak British menerusi ejen-

ejen di Singapura. Di Sarawak pula, bilangan orang Cina agak ramai berbanding di

Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Sambas, Pontianak, Indonesia. Pada awal

abad ke-19 mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad ke-20 ramai buruh masuk

ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar.

Kesimpulan:

Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kemasukan orang Cina dan

juga kaum lain (India) ke Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia

telah melahirkan satu masyarakat majmuk. Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan

identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing. Suasana kewujudan masyarakat

majmuk ini boleh dilihat dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

Pada zaman penjajahan British, melalui dasarnya “pecah dan perintah” (devide and rule),

telah menetapkan orang Melayu tinggal di kampung-kampung atau luar bandar bagi

mewarisi kegiatan nenek moyang mereka iaitu dalam bidang pertanian. Manakala orang

Cina pula ramai yang tinggal di kawasan bandar. Sementara itu, orang India pula bekerja

di stet-estet dan juga menetap di situ. Perbezaan tempat tinggal ini menyebabkan ketiga-

tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak longgar.

Akhirnya dengan tindakan British yang sedemikian rupa dalam masyarakat majmuk

memudahkan terjadinya konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara seperti

timbulnya jarak sosial yang berbeza kerana kurang berinteraksi yang melahirkan

prasangka dan prejudis yang tebal. Ditambah lagi dengan adanya penguasaan dalam

bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh

sesuatu kaum sahaja.

Rumusannya, kemungkinan pada ketika ini berlaku keretakan hubungan antara kaum jika

tidak diambil tindakan akibat daripada beberapa tindak tanduk British yang hanya

mementingkan keuntungan sahaja. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian ini maka satu

keperluan untuk membentuk suatu jati diri tersendiri supaya kefahaman dan kesepaduan

antara etnik dapat dihayati sepenuhnya.

Untuk itu, dalam perkembangan terkini beberapa dasar baru telah diperkenalkan dan

diperkasakan lagi dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara kaum seperti gagasan

atau konsep 1Malaysia. Melalui pendidikan pula telah dijadikan platform untuk menjana

perpaduan. Antaranya ialah Rancangan Integrasi Mutid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang

telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Menteri

Pelajaran pada tahun 1986.

Semoga apa yang dicita-citakan ini akan menjadi kenyataan dan memastikan kelansungan

kemakmuran serta keamanan hidup di negara yang merdeka ini berkekalan dan mendapat

rahmat dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Rujukan:

-          Dani Ahmad Ali. 2010. SiriKajian Hubungan Etnik: Sejarah Hubungan Kaum. Selangor: Pustaka Kelisa.

-        YADIM. 2008. Hubungan Etnik:Konsep dan Amalannya di Malaysia. Kuala 

           Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan

One thought on “Kerja Lapangan Hubungan Etnik Assignment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *